CABARAN

 Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama dan budaya yang hidup aman dan damai serta mengekalkan keunikan masing-masing.Walau bagaimanapun ianya telah menjadi salah satu cabaran dalam mengekalkan perpaduan dalam masyarakat.Hal ini dikatakan demikian kerana sikap sesetengah individu yang terlalu mementingkan diri dan berfikiran kolot iaitu hanya memikirkan tentang kaum sendiri sahaja.Sebagai contoh, bangsa Melayu tidak bergaul dengan mana mana bangsa lain kerana berfikiran bahawa mereka tidak bersefahaman antara satu sama lain. Perbuatan sedemikian tidak mendatangkan faedah dan hanya menjarakkan lagi jurang perkauman di Malaysia.

Selain itu, pekerjaan dalam sektor ekonomi yang berbeza antara kaum juga menjadi cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum.Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu dimana kaum Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan, kaum Cina bekerja sebagai pedagang dan melakukan perlombongan manakala kaum India pula bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di ladang.Akibat kesan penjajahan British, masalah ini masih kekal kerana ianya telah sebati dalam kehidupan rakyat malaysia.Hal ini menyebabkan konsep yang sama masih diguna pakai oleh rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.Kesannya, proses perpaduan antara kaum sukar dipupuk.Tuntasnya,semua masyarakat mestilah bersifat terbuka dengan tidak membezakan dengan merendahkan kaum lain.

Seterusnya,cabaran daripada sistem politik negara.Parti politik yang ditubuhkan berasaskan perkauman juga menjadi punca perbalahan antara kaum.Parti berasaskan kaum akan menyukarkan lagi perpaduan kaum untuk dicapai.Hal ini kerana, dunia politik yang penuh dengan kontroversi dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza.Politik sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat bukannya membezakan mengikut kepentingan mana-mana pihak.Sekiranya rakyat dan para pemimpin tidak dapat mengatasi isu ini negara akan menjadi huru hara.Oleh hal yang demikian,mengatasi perkara tersebut supaya negara kita aman dan damai.

Secara keseluruhan pelbagai cabaran yang perlu kita hadapi bagi memupuk perpaduan anatara kaum.Oleh itu, marilah kita berganding bahu dalam mengekalkan perpaduan agar negara kita terus harmoni dan sejahtera.

No comments:

Post a Comment