Purata menunjukkan majoriti remaja b40 menetap di perumahan rakyat mengakui bahawa mereka merasa gembira bergaul dan berkawan dengan orang yang berlainan bangsa dan agama . Selain itu mereka mengakui bahawa mereka dan jiran perumahan mereka saling hormat menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain dengan rakan berlainan bangsa.
Kajian ini dilihat selari dengan kajian dijalankan pada tahun 2016 yang mendapati bahawa yang terlibat dalam kajian mereka menunjukkan rasa selesa untuk menjalankan tugasan antara kaum dan selesa bergaul dengan rakan berlainan kaum.
Bagaimanapun analisis regresi berganda yang dijilankan dengan menggunakan sampel kajian berjumlah 244 orang remaja,kajian mendapati 4 faktor yang mempengaruhi semangat perpaduan dalam kalangan remaja b40 yang menetap di kawasan kejiranan rakyat iaitu kesihatan diri , tingkah laku prososial, hubungankejiranan dan semangat cinta akan negara kita .
Melalui analisis yang telah dilakukan , keputusan kajian menunjukkan sebanyak 29.0 peratus varians terhadap semangat perpaduan dalam kalangan remaja b40 yang tinggal di kejiranan rakyat . Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa faktor kesihatan diri adalah petunjuk utama yang telah mempengaruhi semangat perpaduan dalam lingkungan remaja b40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat.
Manakala gabungan antara tingkah laku prososial dan kesihatan diri menyumbang sebanyak 6.6% perubahan terhadap semangat perpaduan. Manakala faktor hubungan kejiranan dan semangat cinta akan tanah air pula menyumbang sebanyak 3.1% dan 1.4% varians terhadap semangat perpaduan kaum.
Gabungan antara keempat-empat faktor tersebut telah menyumbang sebanyak 40.1% varians semangat perpaduan dalam lingkungan remaja masa kini yang menetap di kawasan kejiranan rakyat. oleh itu, bagi menambah baik dan meningkatkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan remaja b40 yang menetap di kawasan perumahan rakyat , maka faktor-faktor seperti tingkah laku prososial dan kesihatan diri
No comments:
Post a Comment