Hari ini kita melihat masyarakat di Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai.Walau bagaimanapun kita mempunyai sejarah berdarah pada tarikh 13 Mei 1969.Tarikh 13 Mei 1969 merupakan tarikh yang membawa kenangan pahit kepada rakyat Malaysia dimana tarikh tersebut telah berlaku rusuhan kaum yang mengorban beribu nyawa.Negara telah mengisytiharkan darurat kerana rusuhan kaum yang berkaku pada tarikh tersebut.Tindakan ini meninggalkan banyak kesan kepada negara dan peranan kerajaan adalah penting untuk dalam menyelesaikan rusuhan.Oleh hal yang demikian,kita hendaklah menjadikan peristiwa tersebut sebagai pengajaran agar tragedi hitam tersebut tidak berulang kembali.
Selain itu,perpaduan kaum juga dapat meningkatkan ekonomi negara.Tidak dapat dinafikan lagi bahawa antara sebab pelabur asing berani untuk melabur di negara kita kerana keadaan negara kita yang aman dan damai.Bahkan bukan itu sahaja imej negara juga dipandang tinggi oleh negara lain kerana mampu untuk hidup aman dan damai.Hal ini kerana,untuk hidup dengan pelbagai perbezaan bukannya satu hal yang mudah akan tetapi negara kita dapat menghadapinya dengan mudah.Oleh itu kita hendaklah mengekalkan martabat negara kita agar negara kita dapat dijadikan contoh teladan kepada negara lain.
Kesimpulannya,rakyat Malaysia amat diseru untuk mengamalkan dan mengekalkan perpaduan agar maruah bangsa dapat dipelihara dan dapat memakmurkan bumi Malaysia melalui perpaduan.
No comments:
Post a Comment